Monday, September 29, 2014

Official T Shirt

Price : RM 40.00 include postage

To order, pls inbox, name, adress, no phone

Sunday, September 28, 2014

ROCKERS BERSELAWAT akan kembali

Assalamualaikum Salam Zulhijjah

Gig Rockers Berselawat akan kembali tidak lama lagi. Pihak pengurusan sedang mencatur siri kembara Rockers Berselawat edisi utara.

Bagi mana mana band yang ada material menarik dan bersesuaian dengan konsep Rockers Berselawat sila bersiapsiaga.

Kita telah gegarkan pentas Taman Tasik Titiwangsa dan Pentas Teluk Kemang tahun lepas, kita akan gegarkan pula dipentas utara

Kepada band yang berminat dan ada material menarik, sila emailkan ke tetuanpengurus@gmail.com atau alfarabigroup@gmail.com

Thursday, February 7, 2013

Al Farabi Battle of Selawat

Al Farabi Battle of Selawat

PERHATIAN kepada semua Rockers & Metalheads 

Al Farabiband akan menganjurkan Al Farabi Battle of Selawat. 

Kepada mana-mana band yang ada lagu-lagu atau @ yang sedang mencipta lagu @ atau yang lagu-lagu yang hampir siap, lagu-lagu yang berunsur KETUHANAN, PUJI-PUJIAN, SELAWAT, KEMANUSIAAN atau yang bermotivasi dan positif,

SILA daftarkan band anda di alfarabigroup@gmail.com melalui form ini


Up Coming Event


PROMO





Rockers Berselawat siri 1












Sidang Media

-->
SIDANG MEDIA
TAJUK                        : Rockers Berselawat
Idea & Konsep            : Al Farabiband
Penaja                          : JM Media Resources, SA Kargo, NC.com
Penganjur                     :Rock Reborn Komuniti
Disediakan Oleh           : Ashraf Seleman

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, acara yang baru pertama kali dianjurkan ini berjaya mencapai objektifnya secara keseluruhan.
Penganjuran Rockers Berselawat adalah pertama kali diadakan dengan membawakan artis yang sedang meningkat naik, Al Farabiband dan digabungkan dengan Rock band yang telah lama dalam industri ‘ rock underground ‘ seperti Napolean & Touch Mahal.
Dengan adanya program seumpama ini, selaku pencetus idea dan konsep berkata “ Objektif utama program ini adalah menyemarakkan selawat atas baginda Rasulullah sempena ulangtahun sambutannya dikalangan rockers”.
Mengetengahkan idea dan konsep rockers berselawat ini telah membuka mata ramai pihak seperti Badan Kerajaan, penaja korporat serta individu. Kerjasama dari DBKL & MPPD selaku penganjur bersama di Astaka Titiwangsa Kuala Lumpur & Dataran Teluk Kemang, Port Dickson sangat membanggakan kerana amat mustahil untuk menjayakan satu program yang unik dalam tempoh kurang dari seminggu dan seterusnya dapat menyediakan kelengkapan sound sistem serta tempat yang setanding konsert besar.
“ Kami amat berterima kasih kepada semua media yang telah membantu membuat hebahan tidak dilupakan krew & pengurusan TV Al Hijrah yang datang untuk membuat liputan khas”. Kata wakil dari Al Farabiband.
Rock Reborn Komuniti yang diasaskan oleh En. Ariffin atau lebih dikenali dengan Abang Bob Reborn, terpanggil untuk menyahut pelawaan Al Farabiband bagi mengadakan sebuah gig khas untuk Rasulullah sempena sambutan Maulidurrasul berkata “ Pertemuan kali pertama abg bob dengan Al Farabiband adalah semasa rock reborn komuniti mengadakan Rock 4 Gaza yang bertujuan mengumpulkan dana membantu rakyat Gaza. Abg Bob melihat perlunya ada kesinambungan dalam memperjuangkan muzik rock ini dengan elemen ketuhanan seperti yang dibawakan  Al Farabiband.
Bertepatan dengan Gaza, sebuah Negara yang perlu dibantu, kemunculan Al Farabiband dalam program Rock 4 Gaza sedikit sebanyak me ‘ neutral’ kan tanggapan sesetengah masyarakat bahawa rockers ini membawakan akhlak negatif, namun Al Farabiband membuktikan bukan semua rockers sebegitu, ujarnya lagi.
Berbalik kepada program rockers berselawat, gabungan Al Farabiband & Touch Mahal adalah satu cetusan langkah baru bagi Touch Mahal sendiri. “ Kami menyambut pelawaan Rock Reborn Komuniti untuk membuat penampilan yang berbeza dari kebiasaan Touch Mahal. Kami berselawat di pentas bersama Al Farabiband dan komuniti rock reborn dan ianya sangat unik”. Kata vokalis Touch Mahal.
Touch Mahal dengan kekuatan gitarisnya Nordeen telah mengumpulkan dan menggubah beberapa lagu lama seperti Kepada Mu kekasih, Kau yang satu untuk dipersembahkan dipentas bersama komuniti.
Al Farabiband pula yang terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan, kemanusiaan telah tampil membakar jiwa penonton dengan lagu mereka seperti Amanat, Selawat AFB, Pahlawanku. Al Farabiband juga telah menggubah sebuah lagu khas bertajuk Rockers Berselawat.
Lagu Rockers Berselawat adalah sebuah lagu yang  berkisar tentang kehidupan baginda Rasulullah dari sudut pejuang dan bagaimana nabi berjuang dengan akhlak agar menjadi contoh ikutan. Liriknya sangat berbeza daripada lirik lagu yang biasa kita dengari yang memuji keindahan susuk tubuh nabi. Kata Ayee Al Farabiband. Lagu Rockers Berselawat diberi tajuk kerana elemen kisah nabi disampaikan dengan muzik yang bertenaga dan mudah untuk mengajak penonton untuk menyemarakkan selawat bersama-sama.
Rockers Berselawat ini akan diteruskan ke seluruh pelusuk Negara dengan menampilkan lebih ramai lagi artis rock yang akan tampil membuat persembahan dengan kumpulan mereka bermula mac 2013, ujar Ashraf selaku pengurus JM Media Resources penaja program.
Untuk program ini, JM Media Resources telah menyediakan sebuah kontena bersaiz 40 kaki yang lengkap dengan sistem suara dan penataan lampu serta kelengkapan drumset, gitar amp yang akan meredah keseluruh lokasi dan berselawat, ujarnya lagi.
Mudah-mudahan lebih ramai lagi penaja akan tampil untuk bersama kami menyemarakkan selawat keseluruh Negara bersama rockers Malaysia yang beriman dan professional kerana program ini bukan hanya untuk berhibur semata-mata, malah program ini adalah satu seruan kebenaran mengajak masyarakat berselawat dan menderma membantu mereka yang dilanda kesusahan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui jadual perjalanan Rockers berselawat akan datang , boleh hubungi terus JM Media Resources 010-8785833 atau emailkan pertanyaan ke alfarabigroup@gmail.com
Terima kasih kepada semua media dan badan kerajaan atas kerjasama penganjuran ROCKERS BERSELAWAT kali pertama. Tahniah semua.